Once upon a time... Hahaha Lame okay stop erni..
Here it goes... [ malay version ]
Aku hanya seorang penternak. Membantu ayah diladang di kebun untuk mendapat pendapatan supaya dapat menampung hidup kami tiga beranak - aku, ayah dan nenek.
Dari kecil ibuku sudah lama meninggalkanku. Hanya ayah dan nenek yang menjagaku serta membesarkanku hingga dewasa kini.
Aku mempunyai seorang sahabat dari kecil lagi dan kita bermain bergurau bersama- Helmi namanya.
Dia datang dari keluarga yang berada. Hubungan kami erat sekali seperti isi dengan kuku.
10 tahun berlalu..
20 tahun berlalu..
Dan kini, helmi belajar di universiti KL. Walaupun mempunyai ijazah, aku bertekad untuk terus membantu ayah menternak lembu-lembu serta mendampinginya. Hubunganku dan helmi semakin erat dan ayah dan nenek setuju jika kami berkahwin. Namun aku belum bersedia. Hidupku dan hidup helmi berbeza. Dia suka hidup di KL tetapi aku suka pemandangan di ladang, dan suasana di kampung. PEnternakan inilah yang membesarkanku. Dari hasil penjualan susu lembu yang membenarku belajar hingga menara gading.
Setiap minngu helmi akan menjengukku di kampung. Pada suatu hari kita bergaduh kerana aku tidak mahu tinggal di KL. Aku melukakan hati helmi. Helmi adalah seorang insan yang aku sayang dan ingin aku menghabiskan masa hidupku bersamanya. Selepas hari itu, helmi tidak lagi datang menjengukku. Rasa rindu tersemak di kalbu dan aku membuat keputusan untuk pergi ke KL dan menziarahinya. Hatiku terasa amat gembira kerana dapat jumpa helmi semula.
Pada malam itu hanya kata- kata ini yang aku bawa pulang ke kampung.. " Intan, Helmi rasa kita lebih serasi menjadi sahabat sejati. Helmi ska berkawan dengan Intan.
Hidup kita berlainan..."
Sahabat sejati. Hanya setakat itu. ? Aku menyayangi Helmi dengan tulus ikhlas hatiku. Aku bereda dari situ dengan hati yang remuk.
" Helmi dah tidak sayangkan Intan ayah, " aku memberi tahu ayah apabila tiba di rumah sambil memeluknya.
Cinta kekasih datang dan pergi, cinta ibubapa dibawa ke mati dan cinta tuhan kekal abadi.
Dan dengan hanya mempunya kasih seorang bapa,ia lenyap begitu sahaja buat selama-lamanya apabila ayah ditimpa kemalangan jalan raya.
Hidupku hampir porak peranda. Ladang kebun dan sawak hampir terabai. Aku hanya tinggal seorang nenek bersamaku.
Beberapa minggu setelah kematian ayah, helmi muncul kembali dalam hidupku. Aku telah cuma melupakan kehadirannya dalam hidupku tetapi tidak berdaya. Dialah lelaki yang amat aku cintai dan sukar untukku melupakannya.
Ill write in english some other time.
The moral of this story is, a lover love comes and go, parents love will be with us till death and gods love will be will us till eternity.
Sometimes its hard to deal with situation in life where you overcome hardship not once or twice but lots of them maybe one after another. But we have to believe that what ever that happens will always have its benefits for us and we have to accept everything with an open heart .
Something that goes away has its own way of coming back to us :)
Okay im feeling sentimental after watching a malay love story followed by this one episode of ghost whisperer.
till here,
erni:)
Labels: a story
"You leave me SPeeCHLeSS, when you talk to me."
11:23 AM
11:23 AM